Pages

Powered By Blogger

click me

BlogMalaysia.com

Friday 26 April 2013

Review: Nivea Aqua Sensation

                                                                             Assalam.

Ok aku nak kongsi satu lagi produk yang aku baru guna. Pencuci muka jenama Nivea, well Nivea ada keluarkan satu produk berasaskan aqua. So aku pon beli tapi sebenarnya aku ingat itu jenama Bio-essence bila dah balik aku tengok jenama Nivea pulak dah yang tertera dekat situ =.=".. Mula-mula aku macam ragu-ragu lah nak pakai tapi memandangkan pencuci muka aku dah habis kerng lagi kontang aku pon guna je la pencuci muka Nivea Aqua Sensation ni (sambil dalam hati berdoa tak ada benda buruk berlaku). Tapi hari ni dah lebih kurang 2 minggu aku guna pencuci muka ni dah hasilnya tak mengecewakan. Size botol dia besar dan harga pon berpatutan. Biasanya bila kita cuci muka guna pencuci muka mesti rasa muka ketat kan tapi bila pakai pencuci muka Nivea ni langsung tak rasa muka ketat hokeeee. Biasanya kalau lepas cuci muka kita rasa muka ketat, tegang semua tu kan oke pencuci muka jenis tu obviously tak sesuai untuk digunakan sebab dia akan menyebabkan muka kita jadi kering. So kalau u'olls nak cari pencuci muka make sure pencuci muka tu tak menyebabkan muka anda ketat sampai nak senyum pon susah... kekekek... 
Kesimpulannya pencuci muka Nivea Aqua sensation ni memang OHSEMMMMMM.. 


;
ni lah rupa pencuci muka tu (sumber: Google)

Review: Pure Marine Collagen

Assalam Semuaaaaaaaaaaa......

Ha harini aku nak buat review sikit pasal Pure Marine Collagen (PMC). Alkisah sebelum n aku ada cerita yang aku beli PMC ni kan. Baru-baru ni aku balik Johor & dah rebus PMC tu, proses dia rumit sikit lah sebab kena rendam semalaman lepas tu kena basuh lagi lepas basuh dan yakin pada tahap kebersihan benda tu baru lah boleh rebus. Lepas masak biarkan dia sejuk sikit lepas tu baru lah simpan dalam peti ais supaya dia membeku & tahan lebih lama. 

Ok aku pakai PMC ni buat masker, sebelum tidur aku apply la kat muka aku nak bagi mulus gittuew.. Esok paginya aku bagun punyalah tegang muka aku sebab PMC yang aku apply pada muka aku tu. Tapi aku dah buat kajian sikit pada mereka-mereka yang ada alahan or resdung bila makan PMC or apply PMC ni pada muka mereka, diaorang ni biasanya akan tumbuh jerawat. Mungkin  kesan daripada sumber laut + alergi = jerawat. Aku pakai sekali je PMC ni sebab rumah sewa aku tak ada peti sejuk jadi aku tinggal je la PMC aku kat Johor. So akak aku la yang menghabiskan PMC tu, kata dia muka dia jadi glowing gittuew... So pada yang nak cuba tu kalau korang rasa ada gatal-gatal or irritation ke kat kulit muka korang baik korang stop dulu, tapi kalau hasilnya ok korang boleh terus amalkan hokeyy. 

Saturday 23 March 2013

Vitamin C oh Vitamin C

As-Salam and haloo eberibadi...

Oke hari ni aku nak cerita pasal demam Vitamin C. Macam yang korang dah tengok dekat FB lah kan.. Sana-sini sibuk promote vitamin c yang dah bermacam-macam jenama.. Mesti bila dah hari-hari tengok pasal vitamin C ni korang pon tertarik lagi menarik-narik untuk cube vitamin c ni kan.. kan...kannn... Kekeke  

Aku pon dah jadi salah seorang yang tertarik untuk cuba makan Vitamin C ni.. Biasa lah perempuan kann.. Sebelum ni aku dah cuba makan vitamin c yang dikeluarkan oleh Dian. Memang berkesan lah jugak sampai habis 1 botol aku makan. Tapi dia punya efek lambat sikit.. Kalau baca testimoni dari pengguna vit dianz ni memang ada yang dah guna habis 2 botol baru berkesan. Tapi aku ni memang jenis penggelojoh **** hahah ade ke perkataan tu??? memang tak hado la kan..

So bila dah habis 1 botol vit dianz aku pon beli vit C jenama lain. Malam tadi baru sempat makan. So semalam lah 1st day aku makan vit tu.. Kawan aku ade makan vit c jenama Felinna memang putih bersih la muka dia.. so memang berkesan lah nampak gaya nya.. Jelly much? jelly sangat u olss.. =.=" Tapi tak ape, kta tunggu vit c terbaru yang aku cuba ni.. Tabah menunggu result nya... GTG now.. babaaaaaiiiiii

Friday 8 February 2013

Pure Marine Collagen

Assalamualaikum... alooo eberibadi... 

Happy Chinese New Year kepada semua yang menyambut perayaan tu pada hari ini. Kepada manusia2 yang bukan cina tu yang cuti sakan melebih-lebih tu..... Ingatlah bahawa aku sangat jeles pada kamu semua sebab aku tak dapat balik!! Tiket bas semua dah disapu licin. *menangis dalam hati*. 

Ok lah sebab aku banyaaakk sangat masa terluang lagi meluangkan masa aku nak kongsi satu lagi produk dengan korang ni. Eksaited tak? (eksaited = excited) kekekek.. Sure korang dah tahu kan pasal Pure Marine Collagen (PMC) ?. Aku baru je order PMC ni tapi pokcik posmen pon cuti kot sebab barang aku tak sampai2 lagi ni.. -.-" . Macam biasa lepas aku cuba pakai barang ni baru aku akan bagi komentar2 yang samada memberangsangkan ataupon mengecewakan seluruh jiwa dan raga. Tapi untuk barang ni aku tak ralat sangat lah kalau tak menjadi pon sebab harga dia pon mughaaaah bak haaangggg.... kekekeke

Ini adalah kebaikan yang boleh kita dapat jika amalkan PMC ni:
  1. Nilai nutrisi adalah 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu
  2. Khasiatnya sama seperti sarang burung layang-layang
  3. 24% kolagen ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang.
  4. Mengandungi kalsium yang 37 kali lebih tinggi hati ikan.
  5. Nilai pH ialah 7.6
  6. Mengandungi kandungan iodin yang tinggi untuk menghalang tubuh manusia dari menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh menyebabkan kanser darah dan kanser tulang.
  7. Mengandungi banyak vitamin dan mineral penting seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan anti oksida.
  8. Mengandungi kandungan serat yang tinggi bagi memudahkan penghadaman dan mengatasi masalah sembelit/buasir.
Amacam? hebat lagi gemak kan kelebihan PMC ni? Sooo kene lah tunggu next entri untuk tahu keberkesanannya yer... semoga aku suksessss... wuhuu... k boboiii kamu..kamu.. dan kamuuuu

Tuesday 25 December 2012

Product Overview: Sabun Vitamin A, C & E

Salam n eloope eberibadi...

Oke macam yang aku janjikan aku akan update pasal produk yang aku cakap minggu lepas.... nama produk tersebut ialahhhhhhhh Sabun Vitamin A, C & E...  ha aku bold kan siap kasi warna menarik lagi tertarik lagi... sebab ape? sebaaabbb produk ni tak berkesan langsung ke ats muka aku, kakak aku daaaaannn mak aku... yer kawan2 tak berkesan!!!!!! . Aku tak kesah la kalau produk tu tak bagi apa2 effect pada muka aku... masalahnya kan kawan2 kan, produk tu menyebabkan muka aku dan sekalian ahli keluarga aku berjerawaaatttttt... Yang aku marah sangat tu sebab muka aku baruu jer nak reda dengan serangan jerawat ni... dah kena macam ni pulak... T_T .... Last2 aku pakai balik pencuci muka safi... kesimpulannya produk Sabun Vitamin A, C & E. memang tak besssstttt... ok bai *dengan nada yang sangat kesal*

click3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...