Pages

Powered By Blogger

click me

BlogMalaysia.com

Tuesday 16 August 2011

Memperingati Nuzul Quran

Salam readers...and allope to all... hari ni dah masuk 17 hari umat Islam di Malaysia berpuasa... dan di setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut Nuzul Quran... Nuzul bermaksud (penurunan) dan Quran pula (kitab suci bagi umat Islam)... so pada setiap 17 Ramadhan akan diadakan ceramah-ceramah agama di masjid-masjid dan media massa terutamanya televisyen akan menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Umat Islam perlu mengingati hari ini kerana ianya merupakan hari dimana Allah telah menurunkan Al-Quran kepada umat Islam untuk dijadikan sebagai petunjuk dan pembeza kepada sesuatu yang benar dan buruk. 


 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  
[TMQ al-Baqarah (2):185].




p/s: sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.. sama2 lah kita menginsafi diri untuk mendapatkan kemaafan dan keredhaan daripada-Nya... 

No comments:

click3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...