Pages

Powered By Blogger

click me

BlogMalaysia.com

Friday, 26 April 2013

Review: Nivea Aqua Sensation

                                                                             Assalam.

Ok aku nak kongsi satu lagi produk yang aku baru guna. Pencuci muka jenama Nivea, well Nivea ada keluarkan satu produk berasaskan aqua. So aku pon beli tapi sebenarnya aku ingat itu jenama Bio-essence bila dah balik aku tengok jenama Nivea pulak dah yang tertera dekat situ =.=".. Mula-mula aku macam ragu-ragu lah nak pakai tapi memandangkan pencuci muka aku dah habis kerng lagi kontang aku pon guna je la pencuci muka Nivea Aqua Sensation ni (sambil dalam hati berdoa tak ada benda buruk berlaku). Tapi hari ni dah lebih kurang 2 minggu aku guna pencuci muka ni dah hasilnya tak mengecewakan. Size botol dia besar dan harga pon berpatutan. Biasanya bila kita cuci muka guna pencuci muka mesti rasa muka ketat kan tapi bila pakai pencuci muka Nivea ni langsung tak rasa muka ketat hokeeee. Biasanya kalau lepas cuci muka kita rasa muka ketat, tegang semua tu kan oke pencuci muka jenis tu obviously tak sesuai untuk digunakan sebab dia akan menyebabkan muka kita jadi kering. So kalau u'olls nak cari pencuci muka make sure pencuci muka tu tak menyebabkan muka anda ketat sampai nak senyum pon susah... kekekek... 
Kesimpulannya pencuci muka Nivea Aqua sensation ni memang OHSEMMMMMM.. 


;
ni lah rupa pencuci muka tu (sumber: Google)

Review: Pure Marine Collagen

Assalam Semuaaaaaaaaaaa......

Ha harini aku nak buat review sikit pasal Pure Marine Collagen (PMC). Alkisah sebelum n aku ada cerita yang aku beli PMC ni kan. Baru-baru ni aku balik Johor & dah rebus PMC tu, proses dia rumit sikit lah sebab kena rendam semalaman lepas tu kena basuh lagi lepas basuh dan yakin pada tahap kebersihan benda tu baru lah boleh rebus. Lepas masak biarkan dia sejuk sikit lepas tu baru lah simpan dalam peti ais supaya dia membeku & tahan lebih lama. 

Ok aku pakai PMC ni buat masker, sebelum tidur aku apply la kat muka aku nak bagi mulus gittuew.. Esok paginya aku bagun punyalah tegang muka aku sebab PMC yang aku apply pada muka aku tu. Tapi aku dah buat kajian sikit pada mereka-mereka yang ada alahan or resdung bila makan PMC or apply PMC ni pada muka mereka, diaorang ni biasanya akan tumbuh jerawat. Mungkin  kesan daripada sumber laut + alergi = jerawat. Aku pakai sekali je PMC ni sebab rumah sewa aku tak ada peti sejuk jadi aku tinggal je la PMC aku kat Johor. So akak aku la yang menghabiskan PMC tu, kata dia muka dia jadi glowing gittuew... So pada yang nak cuba tu kalau korang rasa ada gatal-gatal or irritation ke kat kulit muka korang baik korang stop dulu, tapi kalau hasilnya ok korang boleh terus amalkan hokeyy. 

Saturday, 23 March 2013

Vitamin C oh Vitamin C

As-Salam and haloo eberibadi...

Oke hari ni aku nak cerita pasal demam Vitamin C. Macam yang korang dah tengok dekat FB lah kan.. Sana-sini sibuk promote vitamin c yang dah bermacam-macam jenama.. Mesti bila dah hari-hari tengok pasal vitamin C ni korang pon tertarik lagi menarik-narik untuk cube vitamin c ni kan.. kan...kannn... Kekeke  

Aku pon dah jadi salah seorang yang tertarik untuk cuba makan Vitamin C ni.. Biasa lah perempuan kann.. Sebelum ni aku dah cuba makan vitamin c yang dikeluarkan oleh Dian. Memang berkesan lah jugak sampai habis 1 botol aku makan. Tapi dia punya efek lambat sikit.. Kalau baca testimoni dari pengguna vit dianz ni memang ada yang dah guna habis 2 botol baru berkesan. Tapi aku ni memang jenis penggelojoh **** hahah ade ke perkataan tu??? memang tak hado la kan..

So bila dah habis 1 botol vit dianz aku pon beli vit C jenama lain. Malam tadi baru sempat makan. So semalam lah 1st day aku makan vit tu.. Kawan aku ade makan vit c jenama Felinna memang putih bersih la muka dia.. so memang berkesan lah nampak gaya nya.. Jelly much? jelly sangat u olss.. =.=" Tapi tak ape, kta tunggu vit c terbaru yang aku cuba ni.. Tabah menunggu result nya... GTG now.. babaaaaaiiiiii

Friday, 8 February 2013

Pure Marine Collagen

Assalamualaikum... alooo eberibadi... 

Happy Chinese New Year kepada semua yang menyambut perayaan tu pada hari ini. Kepada manusia2 yang bukan cina tu yang cuti sakan melebih-lebih tu..... Ingatlah bahawa aku sangat jeles pada kamu semua sebab aku tak dapat balik!! Tiket bas semua dah disapu licin. *menangis dalam hati*. 

Ok lah sebab aku banyaaakk sangat masa terluang lagi meluangkan masa aku nak kongsi satu lagi produk dengan korang ni. Eksaited tak? (eksaited = excited) kekekek.. Sure korang dah tahu kan pasal Pure Marine Collagen (PMC) ?. Aku baru je order PMC ni tapi pokcik posmen pon cuti kot sebab barang aku tak sampai2 lagi ni.. -.-" . Macam biasa lepas aku cuba pakai barang ni baru aku akan bagi komentar2 yang samada memberangsangkan ataupon mengecewakan seluruh jiwa dan raga. Tapi untuk barang ni aku tak ralat sangat lah kalau tak menjadi pon sebab harga dia pon mughaaaah bak haaangggg.... kekekeke

Ini adalah kebaikan yang boleh kita dapat jika amalkan PMC ni:
  1. Nilai nutrisi adalah 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu
  2. Khasiatnya sama seperti sarang burung layang-layang
  3. 24% kolagen ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang.
  4. Mengandungi kalsium yang 37 kali lebih tinggi hati ikan.
  5. Nilai pH ialah 7.6
  6. Mengandungi kandungan iodin yang tinggi untuk menghalang tubuh manusia dari menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh menyebabkan kanser darah dan kanser tulang.
  7. Mengandungi banyak vitamin dan mineral penting seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan anti oksida.
  8. Mengandungi kandungan serat yang tinggi bagi memudahkan penghadaman dan mengatasi masalah sembelit/buasir.
Amacam? hebat lagi gemak kan kelebihan PMC ni? Sooo kene lah tunggu next entri untuk tahu keberkesanannya yer... semoga aku suksessss... wuhuu... k boboiii kamu..kamu.. dan kamuuuu

Tuesday, 25 December 2012

Product Overview: Sabun Vitamin A, C & E

Salam n eloope eberibadi...

Oke macam yang aku janjikan aku akan update pasal produk yang aku cakap minggu lepas.... nama produk tersebut ialahhhhhhhh Sabun Vitamin A, C & E...  ha aku bold kan siap kasi warna menarik lagi tertarik lagi... sebab ape? sebaaabbb produk ni tak berkesan langsung ke ats muka aku, kakak aku daaaaannn mak aku... yer kawan2 tak berkesan!!!!!! . Aku tak kesah la kalau produk tu tak bagi apa2 effect pada muka aku... masalahnya kan kawan2 kan, produk tu menyebabkan muka aku dan sekalian ahli keluarga aku berjerawaaatttttt... Yang aku marah sangat tu sebab muka aku baruu jer nak reda dengan serangan jerawat ni... dah kena macam ni pulak... T_T .... Last2 aku pakai balik pencuci muka safi... kesimpulannya produk Sabun Vitamin A, C & E. memang tak besssstttt... ok bai *dengan nada yang sangat kesal*

Thursday, 6 December 2012

Hye Eberibadi

haloooo eberibadi... lama dah aku tak mencapap dekat blog aku nih... hahhaha... okey sekarang ni aku tengah cuba product kecantikan yang baru.. Nanti aku akan cuba update pasal produk tu... kena tengok dulu hasilnya pada muka aku ni.. oke ke idokkk.. kann... ^_^


lagipun aku tengok ramai yang review blog cabuk aku ni sebab search pasal produk kecantikan kan...kan...kan... oke xpe2 sabar... aku akan update pasal produk tu lepas guna dalam masa seminggu... masuk hari ni baru 2 hari aku guna produk tu... nantikan kemunculannya yer...


oke yang bab jerawat pulak sekarang dah xada masalah tu lagi... sebab aku puasa make-up selama 2 bulan... meyh nak highlight sikit ayat tu 2Bulan... hasilnya jerawat pon tiada... tapi sekarang ni nak menghilangkan kesan-kesan parut degil yang mencacatkan wajahku ini... walaupun parut tu banyak yang dah pudar dan lenyap detelan masa/zaman tapi aku sebagai seorang makhluk Allah yang bergelar wanita totap x berpuas hati selagi muka aku x bersih macam zaman dahulu kala... hikhik


ha lagi satu yang produk yang aku update dekat post sebelum ni memang berkesan... Alaaaa yg Lovely twin tuuu... tapi mahal dia mak datuk... tak termampu hakak nak membelinyaa... dengan keadaan ekonomi rumah tangga aku yang xmenentu ni... -.-"


okelah itu saja.. tunggu seminggu akan datang pulak yer... boboiiii



Thursday, 5 April 2012

twin lovely product review

HALOOOO READERS... HAHHA lama dah aku tak meng"update" aku punya blog ni. baiklah kawan-kawan hari ini aku nak story mory pasal produk yang aku guna yang rasanya dah dekat 1 bulan aku pakai. nama produk ni  TWIN LOVELY. produk ni aku jumpa dekat facebook kawan aku. terima kasih kepada lyana mohd sabri keranamu aku jumpa produk yang sangat best ni. hahah.... kepada sesiapa yang mengalami masalah kulit contohya jeragat dan musuh utama wanita iatu JERAWAT, kamu tidak perlu risau lagi wahai mahkluk bernama wanita sebab dengan produk ni semua masalah kulit kamu akan dapat diatasi... dengan usaha dan dari Allah jugak.. kepada yang masih tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka kamu aku sarankan untuk cuba produk ni... kamu akan dapat lihat perubahan dia dalam masa yang terdekat. dekat sini aku akan selitkan sekali pic aku yang sebelum dan selepas. sebenarnya muka aku tak lah sepenuhnya jadi halus mulus macam dulu tapi dah nampak la perubahan dia. sejak aku pakai produk ni jerawat dah kering dan tak timbul lalu memalukan dan merendahkan tahap keyakinan diri ini... hahhaha sekarang aku lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai... cewahh... aku jugak akan selitkan link untuk korang review produk tu.. produk ni susah sikit nak dapat dan harga dia agak mahal lah.. tapi guna pon puas hati.. daripada kita beli produk yang bukan-bukan tapi tak berjaya kan? muka kita jugak yang merana tersiksa... (cakap berdasarkan pengalaman) T_T


kamu pengguna yang pintar (you judge ok?)


enjoyceee


lihatla wajah huduh ku T_T



tak de edit kay.. ahakz
nak lagi prove? cuba tengok web ni:  http://twinlovely.blogspot.com/

Sunday, 8 January 2012

kenapa kau tinggalkan aku?

Kenapa aku ditinggalkan? sadis sungguh ayat itu... memang aku sedar aku tak boleh nak buat apa2 tapiiiii aku pun ada perasaan jugak! kata blog orange kepada ku... hahha... ha tu lah sapa suruh tak bayar bil broadband kan dah kena terminate broadband tersebut kan da tak boleh nak update post terkini lagi sensasi... kaaaan2... ha start la nak menyesal tu... menyesal pun dah tak guna... nasi dah jadi bubur kalau dimakan begitu sahaja pon sodap... *tetiba perut menjadi lapar... erk #takdekenamengena. ok fine!. ha nak dijadikan cerita kisah di atas lah yang menjadi sebab musabab kenapa aku dah tak update blog and tak mengendahkan belog aku ni... tapi3 sebelum tu nak ucap Happy New Year to all... Better late than never... right? yearh i know... (sambil angkat3 tangan dan bahu). itu saja terima kasih.

Monday, 12 September 2011

penantian itu satu penyiksaan

Salam readers..... aloooo... hihihi...eh nape aku gumbira je ni??  hahha... *sambung gelak... oke back to the main topic... sebenarnya aku tengah sangat3 tak sabar nak tunggu 4hb 10 sebab.... sebaabb... sebab pada tarikh tu aku akan pegi ke shah alam... yeay.... dah lama gila aku tak jejakkan kaki aku ke bumi shah alam... ever since aku dah tak study dekat UiTM lagi kot.... banyak gila sweet memories aku masa study kat sane... walaupon cume 1 tahun je... i mish all of my besh fwen n my ex roommate *ex roommate mase sem 1 je kay... hahhaha... sem 2?? tak temasuk.. hhaha... jahat gila.... oke sebenarnya 4hb nanti aku pegi shah alam sebab nak tumpang belas kasihan mohamad faiz untuk pegi sesama hantar report dekat UUM.... kami rancang nak gerak 6hb.. tapi aku datang cepat sikit sebab aku nak menjelajah shah alam... hehehe... lagipon aku ni lah satu-satunya makhluk yang hidup di muka bumi ini yang tak pernah lagi pegi i-city... wuaaaaaa T_____T.... lepas tu aku nak ajak dia pegi me'round3kan diri dekat shah alam tu.... bunyi macam orang jakun kan?? memang pon =_="... huh~... lepas puas bejalan3 baru lah gerak ke Kedah hantar report and pegi mensosialkan diri dengan gang3 blok G pulak... tak sabar nyer nak jumpa korang.... hihi... oke sambung buat kerja... *buat muka serius.. ehem~




fakta: sebenarnya dia pegi dengan kawan dia tapi aku menyibukkan diri.... hukhuk... sury korang... 



Saturday, 10 September 2011

Painful experince

salam.. ello readers... Happy Eid Mubarak... maybe its a lil' late for me to say it... but... its better late than never right?... so hari ni aku nak cerita kisah yang sangat tragik yang berlaku pada diri aku n kawan aku... semalam (ari jumaat), aku n mas pergi city square untuk makan-makan... kitaorang makan dekat food court dekat dalam C.S tu... sebab ari jumaat tu ialah ari last mas praktikal dekat Kastam... so aku pon nak la spend tyme together dengan mas since it was her last day. we were so happy laughing and joking lyke crazy... then lepas makan kitaorang jalan-jalan dekat inner city... last sekali untuk adiah mas aku belanja dia cool blog... jalan punya jalan kitaorang terjumpa kawan mas... then kawan mas nak ikot kitaorang balik Menara Kastam sebab dia nak hantar report... then satu kejadian yang tak disangka-sangka berlaku... kitaorang nampak ada sorang motorcyclist ni eksiden... tegolek-golek atas jalan... tapi bila kitaorang tengok depan balik......... kitaorang pulak yang eksiden, langgar belakang kereta toyota harrier... T_________T... sakiiit sangat3... kereta remuk gila3... mas dah panik... aku pulak menggigil, tergamam, kesakitan n masih dalam keadaan tak percaya yang kitaorang baru je melangga kereta harrier... kawan mas yang duduk dekat seat belakang injured kapala dia berdarah banyaaakk sangat3... kitaorang pon tak tau macam mana kepala dia boleh cedera... aku sampai sekrang masih lagi trauma n kesakitan... badan aku lebam3... tapi aku masih bersyukur sebab Allah masih bagi aku peluang untuk hidup... so moral of the story... jangan sekali-kali leka tengok orang lain tyme drive.... always pakai seat belt and jangan pandu laju3...

Sunday, 28 August 2011

Selamat Hari Raya...

salam readers.... oke memandangkan esok adalah hari raya untuk seluruh umat Islam jadi di kesempatan ini aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua makhluk manusia yang hidup di dalam muka bumi ini.... terutama sekali kepada kawan3 aku yang aku sangat saaaayang tuu.. dan calon-calon nya ialaaahhhh.... Nurlyana mohd. sabri, ayin zainuddin, sh. nuramalina bt sy. abdillah, huda rohaida abdullah, lagiiiii cik nanie, laylie, ehan daud, mastura senow... hahha.  dan semua yang mengenali diri ku ini...*memang3 aku saje buat ayat ni jadi cliche... (pada hal aku memang x ada ayat nak buat =_=') cukup la setakat ini... as salam... 



Wednesday, 24 August 2011

busiest day ever!




salam readers... hye... hurm.. as being stated above... yeah.. today is my busiest day ever... my boss was on leave so i thought "yeay he's not around.....i wanna play all day long"... singing happily lalalal... but as always... everything is not as good as we think it is... my boss keep on text'ing' me... said "call me now" and keep on repeating the same text 4-5 times a day!!!!... =_='... huh~...  all day long what i heard is leya do that...leya do this... leya do that again and again... do my face look like machine, robot or what??? but then again i was wondering why did another practicum student did not have any job to do??? SHE's watching movies, laying at the sofa, on call with his BF with her gedixs voice... argh you make me annoyed!!!.  is it because of skin color that my boss discriminate me... or what?? do my appearance look like a slave to you huh??  i'm getting tired of this unfairness situation... please be fair la... i'm only ordinary human being not some kind of genius or super heroes that can solve things easily. huh~ oh Allah please help me.... 
p/s: still work on program book that need to be submitted tomorrow morning.... 

Sunday, 21 August 2011

JYJ Jaejoong yang gila hot!!!

Jaejoong yang Hot x hengat!!!
salam readers.... oke walaupon cerita ni "was lyke LAST YEAR" tapiii aku nak jugak buat entri pasal isu ni... sebabb... sebaaabbb... ni kan belog haku... suka hati haku la... muahahah.... oke baru-baru ni JYJ Jaejoong (*dulu dia dikenali dengan nama HERO) telah diundi sebagai artis lelaki paling kacak di seluruh Asia dalam ' 2011 Teen Choice: Asia's Most Handsome Star'... Asia kay bukan kampung-kampung taw... Jaejoong dipilih selepas mendapat undian tertinggi yang dibuat melalui undian online di 7 laman portal yang berbeza dari Republik China.. tapi dia memang layak untuk dapat title Most Handsome Star sebab dia memang hot gilaaaa... aku minat dia sejak dia masih dalam kumpulan DBSK lagi... hukhuk.. tapi sekarang ahli kumpulan DBSK cuma ada max changmin dan  U-Know Yunho jee... sedih jugak bila diaorang berpecah... (T_T)... but stiillll masih ramai lagi yang minat DBSK dan JYJ walaupon diaorang dah tak satu kumpulan lagi.. buktinya... peminat-peminat JYJ Jaejoong masih lagi sangat ramai sampai membolehkan dia diundi sebagai lelaki paling kacak seluruh Asia... yeay... big claps for JYJ Jaejoong..
tapi aku rasa mesti ramai dekat luar sana tak setuju dia dipilih sebab masing-masing nak pertahankan artis pojaaan hati diaorang yang lagi kacak lagi jambu e-tu... taw-taw je la... retisss korea and jepun ni kan sangat and teramat kacak tak hengat.... tapi dah ramai orang undi JYJ Jaejoong aku tu maknanya... Jaejoong la yang paling kacak.. kan? kan?kan? hahha....




kumpulan JYJ


ni pulak kumpulan DBSK (sebelum diaorang berpecah)





Thursday, 18 August 2011

love love love

salam readers.... oke before i start... let me ask you guys 1 question.... have you ever feel like you fall in love wif someone? i mean true love.. not like monkey love (cinta munnyit).. where you guys wanna be  with him/her for the rest of your life... and are you aware of the fact that you are actually fall in love with someone? some people they just dont aware of the fact that they are actually was in love with someone... why?? because of their ignorance!!!.. then when they started to realize it... everything is just too late for them... padan muka... muahahha... sooo to avoid things like that from happening... i give you....this...


taraaaaaaaaaa... " 13th signs to detect your feeling (in love or not)"


let me see... 

1stly : you'll not feel hatred or angry with him/her for a long period.
2ndly: you'll oooollllweyysss (always ^_^) ) miss him/her... like i do.. muahahha
3: whenever you walk with her/him you will walk slowly.. as if you guys are the "pengantin" who wanna walk to "pelamin"
4: you will always feel soooo shy-shy cat... muahahah... like control ayu and things like that...pffuh.. you knooow...
5: your heart beat was like "'dup dap dup dap" whenever you start think about her/him
6: her/his voice make you smile.. out of reason.. sometimes his/her sms make you smile too... 
7: you'll look only at him and ignoring people around you... it was like... "there's only me and you in this world" 
8: you'll start listening to BALLAD songs... oowww soo "jiwang" 
9: you'll always think about him/her him/her him/her... 24/7!!! (ouwh that's too much)
10: you'll always feel like you smells his/her aroma..erk~ not aroma like you know....pfuhhh 
11: you'll automatically smile whenever he/she crossed your mind... like a psychopath... erk... i'm one of those psychopath... 
12: you'll do anything for him/her... like you jump i jump... naaaahhh thats crazy man...
and last but not least.......
13: when you read this there's someone in your mind... seee that "someone" is the one that you loved la... aiyooo.... 
ahh romantik nyer ko... (grabbed from google image)

feel good when love someone 
but it feels better when that "someone" loved you back

Tuesday, 16 August 2011

Memperingati Nuzul Quran

Salam readers...and allope to all... hari ni dah masuk 17 hari umat Islam di Malaysia berpuasa... dan di setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut Nuzul Quran... Nuzul bermaksud (penurunan) dan Quran pula (kitab suci bagi umat Islam)... so pada setiap 17 Ramadhan akan diadakan ceramah-ceramah agama di masjid-masjid dan media massa terutamanya televisyen akan menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Umat Islam perlu mengingati hari ini kerana ianya merupakan hari dimana Allah telah menurunkan Al-Quran kepada umat Islam untuk dijadikan sebagai petunjuk dan pembeza kepada sesuatu yang benar dan buruk. 


 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  
[TMQ al-Baqarah (2):185].




p/s: sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.. sama2 lah kita menginsafi diri untuk mendapatkan kemaafan dan keredhaan daripada-Nya... 

Sunday, 14 August 2011

Organic Aid... can you help me?

Salam... alooo readers... ha hari ni disebabkan aku macam dah tak ade benda nak buat so aku nak merapik meraban sikit lah kat bloggy aku ni.... hahah..  minggu lepas aku and my cousin pegi lah jusco dekat tebrau city,... then lepas pusing3 menjelajah seisi alam jusco tuh aku pon masuk la ke watson untuk beli pencuci muke yang baru sebab pencuci muke aku yang lame tu dah tinggal nyawa3 itik jeq lagi... emh3 kasihan beliau.... aku pon duk belek3 la pencuci muke yang banyak berlambak3 dekat watson tu... semua jenama ade sampai naik juling mate aku tengok... pusing punye pusing...belek punya belek... aku pown decide untok beli pencuci muke jenama Organic Aid. Aku ade la buat sikit research (cewah research tu tak boleh blah) pasal produk ni.. yela takoot nanti dah beli mahal3 then tak seswai pulak..dah muke aku jugak yang merana tersikse... menurut research yang aku jalankan sendirian berhad ni... pencuci muka organic aid ni bagus jugak sebab dia mengandungi vitamin e and had never been tested to animal... macam tu lah lebih kurang... aku baru start pakai pencuci muke ni 2 hari... tak tau lagi keberkesanan dia terhadap muke aku ni... orang kate produk yang mengandungi vitamin e ni bagus and dia boleh memperbaiki tisu3 kulit kita.... tu orang la yang kate.... we'll see the result soon...hopefully menjadi lah produk ni pada muka aku... Amiiiinn... huhuhu.. takoot jugak sebab ade yang cakap produk ni tak seswai dengan muke diaorang.. hurm....
oke ny la rupa bentuk gambarajah pencuci muka organic aid tuh...
.
.
.
grabbed from google.. hehe

oke ni pulak pix aku and cousin aku menjakunkan diri kat jusco.....
sejak bile guess ade patung versi muslimah??? jeng3
owh ade paparazzi sedang snap my pix... pose tu penting!! yeah~




polis yang tak bertauliah sedang memontengkan diri



Tuesday, 9 August 2011

yu n i are the "perfect two"

AUBURN- PERFECT TWO








[Verse 1:]
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Verse 2:]
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Bridge:]
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

[B-Sec 1/2:]
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

yu make me lose my mind

when my phone didn't ring... everything become upside down...
because....your love make me lose my mind....
when it rang i always wish that your name appear on my screen...
when your name didn't appear... i was so disappointed.... 
when your name suddenly appeared... why am i always miss to take a look at it.... 
and now.....silence has fulfilling the air.....
 auburn don't wanna sing "perfect two" again because your name r to shy to appear on my screen... 
know that you r busy... know that you r tired....
my brain knew that... but my heart don't wanna listen to my brain...
my heart keep on missing you....
but i'll be patience and hoping that the day will come... your name will appear... auburn will sing happily.... and make my heart satisfied 



Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan Bulan penuh berkat


haluuu...assalamualaikum readers... hehe.. lame dah tak buat kerja-kerja menaik taraf blog niyh.... hihihi... semalam merupakan hari pertama bagi bulan Ramadhan bagi rakyat muslim di malaysia. diam tak diam celik tak buta dah masuk bulan Ramadhan dah kita... tak sangka kan3??? *bek cakap yer3!!!! cepat!!!.... hahahah,,, walaupun baruuu je 2 hari kita berpuasa tapi semua orang tak kira tua atau muda dah sibuk fikir tahun ni langsir nak buat kaler ape??? baju raya berapa pasang??? kuih raya nak buat or beli??? dan hal3 yang berkaitan dengan raya... btol x??? huhuhu.... walaupun semuanya mak aku yang sediakan, tapi aku pon risau n sibuk jugak nak fikir3 pasal baju raye, langsir raye, kuih raye dan raya3... yela kan raya tu stahun sekali je... tu yang kalo boleh semua benda pon nak mengerlip3... lagi banyak batu permata, intan payung, batu kerikil lagiii la meriah baju raya tu... haaa jangan nak deny plak yer... aku taw korang semua fikir macam aku jugak... hahahah... neway harap bulan Ramadhan kali ini akan memberikan syafaat dan membawa berkat kepada seluruh umat islam di muka bumi ini.... rasanya belum terlambat kot untuk aku ucap selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semuuuua umat islam.... ok wassalam..

Wednesday, 6 July 2011

Salah Aku Kew?

salam semua.... ari ni aku nak buat luahan perasaan yang perasan ni jap... hukhuk....

ha story mory dan kisah ni bermula sejak aku zaman sekolah lagi... sebenarnya ramai kawan-kawan aku dan orang-orang yang tergolong dalam golongan manusia yang tak mau kawan aku cakap muka aku ny muka orang yang sombong... T___T.......

diaorang cakap muka aku sangat dan amat lah kerex... kerex abesz lah.... dasyat x dasyat kaaan... tapi yang sebenarnya aku ni memang dilahirkan dengan rupa paras yang bergitu... bukan aku saja nak buat muka kerex... waaaaaa~~~~ yela tak kan la setiap masa pon aku nak senyuuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmm jeq... habis bekedut3 la muka aku ni nanti.... betul x???

lagipon aku memang anti-sosial sikit... aku tak suka sangat duduk or bercampur dengan orang yang x dikenali.... lg satu masalah aku ialah  aku susah nak buka mulut bila jumpa orang baru... so if orang tu pendiam and anti-sosial macam aku...... sampai akhir zaman lah aku tak akan berbual dengan orang tu.... aku ni pon tergolong dalam spesis yang pelik... sebab bila aku duduk sebelah orang yang tak dikenali aku tak akan pandang muka dia langsung.... nak bertegur sapa???... jauh sekali..... taaaapiiiii bila aku berjumpa dgn orang yang peramah kew suka berbual kew,.... aku akan bertukar karakter dari seorang yang pendiam kepada seorang yang teramat keypoh tak hengat..... lagi satu penyakit aku... aku paling tak suka pandang muka orang yang ada kat sekeliling aku bila aku jalan sensorang... sampai kawan3 aku lalu sebelah aku pon aku tak perasan... cyan diaorang... musti diaorang engat aku saja tak maw pandang diaorang.... tapi yang sebenarnya aku malu nak pandang orang lain bila aku jalan sensorang... buka apa pon....

sebab tu lah orang yang baru3 kenal aku akan cakap aku pelik tapi bila dah lame kawan deworang cakap best... kikiki pasan jeq.... 

aku bukan nyer sombong or kerex cuma aku bukan seorang yang peramah dengan orang yang tak dikenali jeq.... renung3kan dan selamat merenung.... 

click3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...